01 Oct 2015

MAFDC Hall of Fame 5/2015 Induction Ceremony

KUALA LUMPUR (http://btdmonline.net): Panglima Tentera Udara (PTU), Jen Tan Sri Dato’ Sri Roslan Saad TUDM dimasyhurkan sebagai ahli kelima Hall of Fame Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) yang disempurnakan oleh Komandan MPAT, Laksamana Pertama Dato’ Sabri Zali pada 1 Okt 2015 di Dewan Trisakti, MPAT.

Sebanyak empat majlis pemasyhuran telah dilaksanakan semenjak ia mula diperkenalkan, pemasyhuran ini merupakan penganugerahan peghormatan tertinggi kepada alumni MPAT yang masih berkhidmat serta memegang jawatan tertinggi di dalam perkhidmatanya.

Pemasyhuran ini adalah untuk menghargai sumbangan, kecemerlangan dan kejayaan PTU sepanjang karier perkhidmatan beliau dalam TUDM.

Dalam ucapan PTU, beliau menyatakan dirinya kerdil berbanding dengan penghargaan yang diberikan oleh MPAT kepada beliau, beliau turut menyatakan kejayaan TUDM melalui transformasi yang dibuat adalah hasil daripada kerjasama warga TUDM.

Turut hadir Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Ahli Lembaga Gabenor Maktab, Alumni Peserta Kursus MPAT, Panglima-panglima Perkhidmatan dan pegawai-pegawai  ATM

Read 4302 times
Rate this item
(1 Vote)
Super User

Email This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

links

Visitors

Today379
This week809
This month2088
Total537581
Visitor Info : Unknown - Unknown Thursday, 15 November 2018 19:34