logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MAB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

Profil Panglima Angkatan Tentera

 

PORTALPAT

 

JENERAL TAN SRI RAJA MOHAMED AFFANDI BIN RAJA MOHAMED NOOR 

PGAT PMN PSM PJN SSAP SPMT SPMP SPMS SPTS SPMK SPKK DPPN DCSM PSAT DGMK DSDK DSAP DMPN PAT JSM SMZ KAT KMN PNBB (Moz) ndc mpat psc MDef Studies (UNSW) MSc Strat and Def Studies (QAU)

PANGLIMA ANGKATAN TENTERA

            JENERAL TAN SRI RAJA MOHAMED AFFANDI BIN RAJA MOHAMED NOOR (411967) telah dilahirkan di Kg. Raja Besut, Terengganu pada 20 Jun 1957. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kg Raja, Besut Terengganu. Setelah menamatkan pendidikan peringkat menengah di Sekolah Menengah Sultan Ismail, beliau telah mengikuti latihan sebagai Bakal Pegawai Kadet di Pre-Officer Cadet Training Unit (Pre-OCTU) Sekolah Pegawai Kadet, Kem Sebatang Karah, Port Dickson dan seterusnya di Maktab Tentera Diraja, Kem Sungei Besi sebagai Pegawai Kadet.  Beliau telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda ke dalam Rejimen Askar Melayu Diraja pada 11 Mei 1977.

            JENERAL TAN SRI RAJA MOHAMED AFFANDI BIN RAJA MOHAMED NOOR telah mendirikan rumahtangga dengan Puan Sri Norlida binti Hj Abdul Mubin dan dikurniakan 3 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki.

            JENERAL TAN SRI RAJA MOHAMED AFFANDI BIN RAJA MOHAMED NOOR, di sepanjang karier beliau telah memegang pelbagai jawatan sebagai Pemerintah dan Pegawai Staf di dalam ATM. Beliau juga telah terlibat secara langsung di dalam menentang pengganas komunis sewaktu menjawat jawatan sebagai Ketua Platun dan Ketua Kompeni. Selain daripada penugasan operasi, beliau juga telah terlibat dengan pelbagai latihan ketenteraan sama ada di dalam mahupun di luar negara. Di sepanjang karier sebagai pegawai tentera, beliau telah menyandang beberapa jawatan penting dan di antaranya adalah Pembantu Ketenteraan kepada Timbalan Panglima Tentera Darat, Ketua Jurulatih di PUSASDA, Pegawai Memerintah 18 RAMD, Pegawai Staf 1 Bahagian Keselamatan Negara (BKN), Pegawai Staf 1 Tadbir di Cawangan Sumber Manusia, Ketua Staf Markas 3 Divisyen, Assisten Ketua Staf Perancangan & Pembangunan serta Panglima 2 Divisyen. Beliau telah dinaikkan ke pangkat Leftenan Jeneral dan memegang jawatan Panglima Medan Tentera Darat mulai 2 Jun 2008 serta menjawat jawatan Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia mulai 31 Okt 2009. Beliau seterusnya dinaikkan ke pangkat Jeneral dan memegang jawatan Panglima Tentera Darat mulai 15 Jun 2013. Perih dan jerih beliau sebagai Panglima Tentera Darat, membuatkan beliau sangat dikenali oleh orang ramai dan juga pemimpin di dalam negara. Pada tanggal 16 Dis 2016, JENERAL TAN SRI RAJA MOHAMED AFFANDI BIN RAJA MOHAMED NOOR telah diberi kepercayaan untuk memegang jawatan sebagai Panglima Angkatan Tentera yang ke-19.

            JENERAL TAN SRI RAJA MOHAMED AFFANDI BIN RAJA MOHAMED NOOR juga telah mengikuti pengajian/kursus profesional di dalam dan di luar negara dan berkelulusan Master in Defence Studies (Australia) dan Master of Science in Defence and Strategic Studies (Pakistan).

Kemaskini pada Jumaat, 6 Oktober 2017 Jam 1130.