logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

SAMBUTAN HARI RAYA KORBAN 2019 PERINGKAT KOMLEK

MK ATM-RPS, 22 Ogos 19 - Program Ibadah Qurban telah dilaksanakan dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Islam Malaysia (YaPEIM) pada 14 Ogos 19 bertempat di Kem Paya Jaras Sg Buloh, Selangor. Program tersebut telah dirasmikan oleh Kol Haji Jemaat bin Atan TUDM mewakili AKS KOMLEK manakala Tuan Haji Mokhtar Ramli pula mewakili Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM. Sebanyak 13 ekor lembu telah dikorbankan dan diagihkan kepada peserta korban, warga KOMLEK, penduduk setempat dan juga asnaf. Program kerjasama ini pertama kali diadakan antara RPS dan juga YaPIEM yang mana sangat mendatangkan manfaat yang baik kepada kedua belah pihak.

Pengarah Bantuan Logistik mewakili YBhg AKS menerima pisau sembelihan sebagai simbolik Perasmian Sambutan Hari Raya Korban Peringkat KOMLEK 2019

Warga KOMLEK bertungkus lumus merebahkan lembu untuk disembelih

Warga KOMLEK sedang sibuk melapah dan membahagikan daging korban untuk diagihkan

Pengarah Bantuan Logistik dan Wakil YaPEIM mengagihkan daging korban kepada peserta korban, warga KOMLEK dan penduduk setempat yang hadir

Wakil Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM menyampaikan replika sijil penghargaan kepada Pemangku Pegawai Memerintah Rejimen Perhubungan Strategik atas kerjasama dalam melaksanakan Ibadah Korban bagi Tahun 2019