logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

MAJLIS PENUTUP KURSUS SPECTRUM FREQUENCY MANAGEMENT SIRI 1/19

MATM KOMLEK, 8 OGOS 19. Ketua Staf Markas ATM, Lt Jen Dato’ Kamalruzaman bin Othman TUDM telah menyempurnakan Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Kursus Spectrum Frequency Management (Peg) Siri 1/2019 bertempat di Dewan Seminar Menara Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur.

Kursus Spectrum Frequency Management ini telah dianjurkan oleh Bahagian KOMLEK mulai 14 Jul 19 hingga 8 Ogos 19 di UTM Skudai melibatkan 19 Pegawai ATM berkepakaran Komunikasi. Ia adalah iniasiatif Bahagian KOMLEK bagi melahirkan Pegawai ATM yang mempunyai pengetahuan tentang pengurusan spektrum frekuensi.

 
Wireless Communication Centre (WCC) Fakulti Kejuruteraan Elektrik UTM adalah jabatan yang bertanggungjawab dalam memberi latihan sepenuhnya sepanjang kursus ini. Ketua Staf MATM juga telah dibawa untuk sesi lawatan oleh Pengarah WCC Prof Dr Tharek bin Abd Rahman ke Innovation Centre 5G untuk mendapatkan maklumat tentang teknologi wireless dan 5G yang terkini.
Turut hadir pada majlis tersebut, Pro Vice Chancellor UTM KL Prof Dr Shamsul bin Sahibuddin, AKS KOMLEK Laksamana Muda Shamsuddin bin Hj Ludin, Ketua Pegawai Semboyan, Brig Jen Ahmad Saifuddin bin Talha dan wakil dari Bahagian Sumber Manusia MTL dan MTU.