logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

MAJLIS SAMBUTAN KEPULANGAN TIM OP STARLIGHT-4

 1
2
KUALA LUMPUR, 27 Feb 2020 - Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia, Leftenan Jeneral Dato’ Pahlawan Redzuan bin Hj Baharuddin telah menyempurnakan Majlis Sambutan Kepulangan Tim Op STARLIGHT-4 yang telah diaturgerakkan selama 6 bulan bermula 30 Ogos 2019 hingga 27 Februari 2020 di Cox’s Bazar, Bangladesh. 
3
4
Tim Op STARLIGHT-4 yang diketuai oleh Kol (Dr) Shahril Nizam bin Abdul Jalil berkekuatan seramai 56 orang melibatkan 19 Pegawai dan 33 Anggota termasuk 4 Staf Perubatan Awam bertanggungjawab mengoperasikan Hospital Medan Malaysia (HMM) dan memberi khidmat kesihatan kepada masyarakat pelarian Rohingya di Cox’s Bazar, Bangladesh.
56
Majlis Sambutan Kepulangan Tim Op STARLIGHT-4  ini turut di hadiri  oleh Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Dato’ Hj Yazid bin Hj Arshad TUDM, para Pegawai Kanan ATM dan para pegawai daripada Kementerian Kesihatan. Di majlis ini juga, Panglima Angkatan Bersama turut menyerahkan coffee table book bertajuk Op STARLIGHT kepada Ketua Staf MK ATM.
7
8
Tujuan utama pengoperasian HMM Cox’s Bazar adalah untuk menzahirkan hasrat murni Kerajaan Malaysia dalam memberi bantuan kemanusiaan khususnya kepada pelarian Rohingya yang sedang berlindung di Bangladesh. Fokus utama bantuan adalah bagi menyokong usaha perkhidmatan perubatan dan kesihatan kepada pelarian Rohingya. Keseluruhan operasi dilaksanakan dengan kerjasama kerajaan Bangladesh dan Angkatan Tentera Bangladesh (ATB) serta dibantu oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan sukarelawan Malaysia.
9
HMM telah diiktiraf oleh World Health Organization (WHO) sebagai Hospital Medan Tahap 3 terbaik, terlengkap dan paling dipercayai di Cox’s Bazar. ATM turut mencatat sejarah apabila kali pertama berjaya membuka dan mengoperasikan Hospital Medan Tahap 3 di lapangan operasi sebenar. Sebelum ini, hanya Hospital Medan Tahap 2 pernah dibuka di dalam mana-mana operasi ATM di dalam dan luar negara. 
10
Sehingga kini, Hospital Medan Malaysia di Cox’s Bazar telah merawat lebih 97,000 pesakit dan melaksanakan lebih daripada 3,520 pembedahan yang menyelamatkan ribuan nyawa khususnya melibatkan masyarakat pelarian Rohingya.