logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

KUNJUNGAN KASIH PENGERUSI JEMAAH TERTINGGI BAKAT ATM KE PERTUBUHAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI 4 DIVISYEN

 

5

6

4

KUALA LUMPUR, 25 Februari 2020 - Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM, YAM Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri Hajah Tengku Muhaini binti Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah telah membuat lawatan ulung beliau ke Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) 4 Divisyen yang terletak di Desa Tun Hussein Onn, Kem Kementah. Lawatan ini adalah bertujuan melihat perkembangan pengurusan pertubuhan tersebut di samping menyantuni anak-anak kelainan upaya yang mendapatkan khidmat di pertubuhan tersebut.

9

12

13

Majlis telah dimulakan dengan kata-kata aluan oleh Pengerusi PPDK 4 Divisyen, Datin Roziah Abdullah dan seterusnya beramah mesra dengan anak-anak yang terlibat di samping diberi taklimat ringkas oleh Setiausaha PPDK 4 Divisyen, Mejar Mohd Iskandar David bin Abdullah. Turut hadir Pengerusi-Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Perkhidmatan.