logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

PERWIRA DIALOGUE 2020 -MALAYSIA’S INAUGURAL DEFENCE WHITE PAPER: IDEAS AND IMPLEMENTATION

 1
 
Kuala Lumpur, 24 Februari 2020 - Jeneral Tan Sri Dato' Sri Haji Affendi bin Buang TUDM telah menghadiri Perwira Dialogue 2020 yang turut dirasmikan majlis penutupannya oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan di Dewan Perkasa Wisma Perwira ATM hari ini. 
4
Pada majlis yang berlangsung selama setengah hari ini, Panglima Angkatan Tentera turut menyampaikan ucaptama beliau yang bertajuk The Defence White Paper Roadmap : Turning National Defence Visions Into Reality.
87217149 3563683867036283 4629818382508621824 o
 ‘Perwira Dialogue’ ini merupakan satu platform bagi membincangkan kaedah perlaksanaan Kertas Putih Pertahanan (KPP) yang pertama agar dapat memberi faedah dan manfaat jangka masa panjang dalam memperkukuhkan tunjang pertahanan dan keupayaan negara, ketahanan dalaman dan jalinan kerjasama luar. Dialog ini membuka peluang kepada Kementerian Pertahanan dan para pemimpin ATM untuk membentangkan hala tuju bagi mengubah idea-idea menjadi tindakan dasar, seiring dengan arahan yang telah ditetapkan oleh Menteri Pertahanan ketika sesi pembentangan Kertas Putih Pertahanan (KPP) di Parlimen pada Disember 2019.
 87180382 3563685887036081 8332678802727501824 o
Dialog ini juga bertujuan bagi memudahkan para cendekiawan dan perunding pakar yang turut dijemput untuk berkongsi penilaian masing-masing serta bertukar pendapat mengenai KPP 2020 termasuklah perkongsian berwibawa dan keupayaan serantau sebagai idea utama. Hal ini termasuklah 3 Tonggak Utama dalam Strategi Pertahanan Malaysia, kedudukannya sebagai sebuah negara maritim dengan susur galur kebenuaan, dan visi sebagai gerbang penjalin di antara Asia-Pasifik dan Lautan Hindi, masing-masing mempunyai matlamat untuk menyumbang kepada pertahanan negara, centrality ASEAN, kestabilan serantau, serta keselamatan dan kemakmuran bersama. Di samping menjadi medan pertemuan melibatkan bahagian pertahanan dan pemegang taruh, dialog ini dijangka akan menjana pelbagai pandangan mengenai pemikiran dasar dan penilaian terhadap pelbagai cabaran dan peluang dalam melaksanakan KPP. 
87938933 3563685587036111 2473579349186445312 o
Penceramah dalam dialog ini adalah wakil daripada Kementerian Pertahanan, Institut Pengajian Strategik Antarabangsa–Asia, Pusat Pengajian Strategik dan Antarabangsa Indonesia, Bahagian Pertahanan Australia dan Institut Pengajian Strategik Akademi Diplomatik Vietnam.
 87261708 3563685663702770 8377560596790378496 o
Seramai lebih 200 tetamu yang hadir dalam dialog ini termasuklah wakil daripada Kementerian Pertahanan, Kumpulan Pemikir Tempatan dan Serantau, Pemegang Taruh Keselamatan dan Nasional, Syarikat Berkaitan Kerajaan, Institut Tinggi dan Kedutaan Besar tempatan.