logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

KUNJUNGAN HORMAT PANGLIMA ANGKATAN TENTERA KEPADA MENTERI PERTAHANAN SINGAPURA, PANGLIMA ANGKATAN TENTERA SINGAPURA DAN LAWATAN KE 2ND PEOPLE’S DEFENCE FORCE, KEM CLEMENTI

84661099 3525110087560328 4182834599073677312 o

84143274 3525110217560315 1857903956332642304 o

Singapura, 9-12 Februari 2020 – Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM telah mengadakan lawatan rasmi beliau ke Singapura yang juga merupakan lawatan pengenalan beliau yang kedua selepas Jakarta, Indonesia dalam memperkukuhkan hubungan diplomasi pertahanan antara dua negara.

84241913 3525109940893676 1064061221117886464 o

84337693 3525111154226888 9091242826896769024 o

84310856 3525110657560271 5460184961262813184 o

84709716 3525110964226907 7080659380261093376 o

 

Dalam siri lawatan ini beliau telah membuat kunjungan hormat kepada Menteri Pertahanan Singapura, Dr Ng Eng Hen di Kementerian Pertahanan republik berkenaan pada 10 Februari 2020. Pertemuan strategik tersebut turut membincangkan kerjasama ATM dan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dalam memperkukuhkan lagi kerjasama bagi mendepani cabaran keselamatan bersama di rantau ini.

84451225 3525109844227019 2154094732244942848 o

85091293 3525110354226968 4883497563535179776 o

Beliau juga turut mengadakan pertemuan dengan Panglima Angkatan Tentera Singapura, Leftenan Jeneral Melvyn Ong di samping membuat lawatan ke Pasukan Pertahanan Awam Kedua (2nd People’s Defence Force) di Kem Clementi dan telah dipertontonkan dengan Demonstrasi Operasi Kontingensi Masa Aman (Peace Time Contigency Operations - PTCO). Di samping itu, beliau turut melihat pameran statik aset tentera dan sistem persenjataan di kem berkenaan.