logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

PANGLIMA ANGKATAN TENTERA DI SINGAPORE AIRSHOW 2020 SEMPENA LAWATAN RASMI BELIAU KE SINGAPURA

 

13

83204264 3524737400930930 1398879906393227264 n

83885578 3524737817597555 4222762092526043136 n

83934032 3524737207597616 3192453786731806720 n

 

Singapura, 10 - 12 Februari 2020 - Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Haji Affendi bin Buang TUDM telah mengunjungi Pertunjukan Udara Singapura (Singapore Airshow 2020) sempena lawatan rasmi beliau ke Singapura. Dalam kunjungan tersebut beliau telah mengunjungi beberapa pempamer-pempamer yang mengambil bahagian dan turut mengadakan beberapa siri kunjungan hormat kepada kepimpinan ketenteraan republik berkenaan serta delegasi-delegasi asing lain dalam bertukar pandangan berkenaan teknologi pertahanan dan keselamatan terkini di samping mengukuhkan hubungan diplomasi pertahanan antara mereka.

 

84646650 3524738437597493 5255319273261236224 o

85041034 3524737060930964 2579091328256180224 n

85144442 3524738290930841 8296550018869886976 n

85153116 3524737664264237 723836353132888064 n

86279065 3524738050930865 8529935938984345600 n

Singapore Airshow 2020 merupakan penganjuran edisi ke-7 tahun ini berlangsung mulai 11 hingga 15 Februari 2020. Ia telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga merangkap Menteri Kewangan Singapura, Mr. Heng Swee Kat di Changi Exhibition Centre pada 10 Februari 2020.

ATM turut menyertai Singapore Airshow 2020 ini melalui penyertaan TUDM dengan mempamerkan Pesawat Pejuang Sukhoi (SU 30 MKM) dan pesawat pengangkut Airbus A400M di Static Aircraft Display Area (SADA), Changi Exhibition Centre.

85243559 3524737927597544 2588571966050926592 n

Seramai kira-kira 7 orang pegawai dan 25 anggota Lain-lain Pangkat terlibat di dalam pameran statik pesawat TUDM diketuai oleh Pengarah Doktrin Markas Tentera Udara - Bahagian Operasi Strategik, Kolonel Theodore Mohan Kumar Navaretnam TUDM selaku Ketua Delegasi; Pegawai Staf 1 Operasi Udara, Markas Pemerintahan dan Operasi Udara, Leftenan Kolonel Hasfa Nyzam bin Abdul Hamid TUDM sebagai Pegawai Koordinasi.