SEMBAH MENGADAP KEPADA DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN

1

Kuala Lumpur, 6 Februari 2020 - Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM telah mengadakan Sembah Mengadap kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah di Istana Perak, Changkat Persekutuan Kuala Lumpur hari ini.

Turut serta dalam Sembah Mengadap ini adalah Panglima Tentera Udara, Jeneral Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM

Dalam majlis tersebut, Panglima Angkatan Tentera dan Panglima Tentera Udara turut mempersembahkan cendera kenangan kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.

 

2

 

3

 

4