logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1442 HIJRAH/2019 PERINGKAT ANGKATAN TENTERA MALAYSIA DAN PERASMIAN KARNIVAL RAHMAH 2019

22KUALA LUMPUR: Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1441 Hijrah/2019 Peringkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilaksanakan selama 3 hari mulai 21 hingga 23 November 2019 melalui penganjuran Karnival Rahmah bertempat di Dataran Masjid Khalid Al-Walid, Kementerian Pertahanan,Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur.

11

 

Kemuncak acara, karnival ini telah dirasmikan oleh Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj. Zulkifli Bin Hj. Zainal Shirin, Panglima Angkatan Tentera Malaysia pada hari ini 22 Nov 2019 (Jumaat). Sebelum itu Panglima-Panglima Perkhidmatan bersama kontinjen dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan (Tentera Darat, Laut dan Udara) seramai 114 pegawai serta 281 anggota lain-lain pangkat turut serta menyertai perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul ini pada jam 8.45 pagi yang bermula dari Padang Kawad Kem Kementah hingga ke Dataran Masjid Khalid Al-Walid.


333Sambutan Maulidur Rasul Peringkat ATM ini diadakan adalah sebagai mendokong konsep “Negara Rahmah Ummah Sejahtera” yang diperkenalkan pada sambutan Maulidur Rasul di peringkat Kebangsaan. Ia juga bertujuan untuk menyemarakkan nilai-nilai kasih sayang dalam kalangan warga anggota ATM.

 

4444
Sementara itu, Karnival Rahmah telah dibuka kepada orang ramai sejak semalam, 21 November 2019 bermula jam 1000 pagi dan akan berakhir pada 1230 tengah hari pada 23 November 2019 (Sabtu). Pelbagai aktiviti diadakan untuk menjayakan karnival ini di mana kemuncak penganjuran pada hari ini diisi dengan pelbagai aktiviti seperti Pertandingan Sepanduk dan Perarakan Maulidur Rasul, berzanji dan berselawat, pelancaran Buku “Al-Maghazi & Akhlak Ketenteraan, zikir dikir dan acara kanak-kanak.

 

6666
Aktiviti-aktiviti lain yang disediakan adalah Rawatan Perubatan Islam/Bekam, Perkhidmatan Kaunseling, Pemeriksaan Kesihatan, Kaunter Zakat Bergerak, Klinik Al-Quran, Pameran Cetakan Al-Quran, Tulisan Khat, Pameran Tabung Haji, YAPIEM, YADEIM dan PERKIM, Gerobok Rezeki dan pelbagai gerai jualan juga turut disediakan untuk pengunjung yang hadir. Bagi menjayakan program yang disusun, beberapa orang penceramah turut diundang antaranya Ustaz Dr Asyraf Suarin, PU Mizi dan Tuan Haji Mohd Azmi Bin Abdul Hamid.
Turut hadir dalam majlis pada hari ini ialah Jeneral Tan Sri Dato' Seri Panglima Haji Ahmad Hasbullah bin Haji Mohd Nawawi, Panglima Tentera Darat; Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany, Panglima Tentera Laut; Leftenan Jeneral Datuk Kamalruzaman bin Mohd Othman TUDM, Ketua Staf Markas ATM dan Mejar Jeneral Dato’ Haji Kamarudin bin Haji Mamat, Ketua Pengarah KAGAT merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur.