logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

PERSIDANGAN PERUBATAN KETENTERAAN MALAYSIA 2019

74236015 3260911203980219 1002522594693349376 n

Kor Kesihatan Diraja (KKD) Angkatan Tentera Malaysia telah menganjurkan edisi kedua Persidangan Perubatan Ketenteraan Malaysia (MMMC 2019) bermula 19 hingga 20 Nov 19. Keberhasilan merialisasikan persidangan dua tahun sekali ini menunjukkan kepentingan dan komitmen KKD dalam menggalakkan pembangunan ilmu dalam bidang perubatan ketenteraan.

69457058 3260911233980216 5836863673410256896 n

Tema persidangan tahun ini ialah "Bloods in Battlefields: Advancing Health Services to the Frontline”. Peperangan dan pendarahan akibat kecederaan adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Oleh kerana itu, penjagaan trauma bagi mangsa adalah amat penting terutamanya di barisan hadapan kerana ia sangat mempengaruhi keputusan perang.

70325125 3260910950646911 1470789285404737536 n

Kecederaan yang melibatkan pendarahan yang tidak terkawal adalah penyebab utama kematian yang sebenarnya boleh dicegah. Evolusi dalam perubatan ketenteraan telah meningkatkan kadar survival dalam peperangan. Ini dicapai dengan penambahbaikan perubatan di medan perang dari segi penjagaan trauma termasuk kawalan pendarahan, penyimpanan darah, pengangkutan dan transfusi.

76676503 3260911617313511 88241413061345280 n

MMMC 2019 disertai oleh 360 peserta dalam kalangan pegawai perubatan, pegawai pergigian, jururawat, pegawai farmasi dan staff perubatan dari seluruh negara. MMMC 2019 kali ini dapat membincangkan masalah, kelemahan dan kemajuan dalam perubatan ketenteraan antara pihak- pihak berkepentingan dari pelbagai latar belakang, bukan hanya dari medik perubatan. Persidangan kali ini juga mengetengahkan mengenai pengurusan darah di barisan hadapan yang dikupas oleh Pusat Darah Negara. Terdapat juga input terkini mengenai kemajuan pengurusan trauma dan kecederaan di medan perang, penyakit tidak berjangkit dan radiasi biologi-nuklear dan bahan letupan (CBRNe).