logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

MALAYSIAN YOUTH RECRUITMENT

65851012 2855890014482342 4532326404460642304 o

SUNGAI PETANI, 23 Jun 19 - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah bekerjasama dengan Malaysian Armed Forces Chinese Veteran Association (MACVA) dalam menjayakan inisiatif Malaysian Youth Recruitment (MYR) di SMJK (C) Sin Min, Sg Petani, Kedah dengan dihadiri lebih 1200 pelajar-pelajar sekolah tersebut.

 

65536373 2837300809674596 3509331740776726528 n

65128838 2837300723007938 3844343613681041408 n

64928184 2837300649674612 1342438409716629504 n

65499890 2837301053007905 5960363121544527872 n

Antara penglibatan elemen ATM di dalam siri MYR pada kali ini adalah penglibatan para anggota, senjata dan aset ATM.

Program anjuran MACVA yang telah dilaksanakan bermula pada 2016 ini dijayakan dengan ceramah kerjaya yang dilaksanakan oleh Bahagian Perkhidmatan Anggota- Cawangan Tenaga Kerja (BPA-CTK), pameran aset tentera melibatkan kenderaan komunikasi, motorsikal scrambler dan senjata persendirian. Juga turut serta adalah pameran promosi dan pengambilan daripada Sel Promosi dan Pengambilan Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut DiRaja Malaysia, Tentera Udara DiRaja Malaysia dan Maktab Tentera Diraja. Tujuan utama pelaksanaan inisiatif ini adalah sebagai memberi pendedahan dan menarik minat bagi lain-lain kaum terutamanya kaum berketurunan Cina menyertai Angkatan Tentera Malaysia.

 

64939059 2837300369674640 4213659553587265536 n

65096384 2837300283007982 4549239118088896512 n

Inisiatif MYR pada kali ini turut dijayakan dengan menampilkan Ikon Pegawai Berketurunan Cina dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan dan pelajar Berbangsa Cina daripada Maktab Tentera Diraja bagi membolehkan mereka berkongsi secara terus bersama pelajar dan ibu bapa tentang pengalaman kerjaya mereka di dalam ATM.