logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

MAJLIS PENGANUGERAHAN PINGAT JASA MALAYSIA (PJM) KEPADA VETERAN ATM

51958000 2536880176383329 8981468479332810752 o

KUALA LUMPUR,16 Feb 2019 – Panglima Angkatan Tentera, Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin telah menyempurnakan Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada warga veteran ATM peringkat Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM.

Pingat Jasa Malaysia (PJM) hanya dikurniakan kepada anggota tentera atau bekas anggota tentera yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

a. Telah berkhidmat atau terlibat dalam operasi secara berterusan selama 3 bulan dan ke atas atau telah bertugas secara langsung tidak kurang dari 6 bulan di mana-mana pasukan atau formasi ATM bagi tempoh dari 1 Januari 1969 hingga 2 Disember 1989 bagi operasi menentang Parti Komunis Malaya (PKM) atau,
b. Telah berkhidmat atau terlibat dalam operasi secara berterusan selama 3 bulan dan ke atas atau telah bertugas secara tidak langsung tidak kurang dari 6 bulan di mana-mana pasukan atau formasi ATM bagi tempoh 1 Januari 1969 hingga 17 Oktober 1990 bagi operasi menentang Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU) atau,
c. Telah terkorban, cedera atau menjadi kurang upaya disebabkan oleh tugas menentang Pengganas Komunis Malaya (PKM) bagi tempoh 1 Januari 1969 hingga 2 Disember 1989 atau Pengganas Komunis Kalimantan Utara (PKKU) bagi tempoh 1 Januari 1969 hingga 17 Oktober 1990.

Pingat Jasa Malaysia adalah sebuah Campaign Medal yang telah dizahirkan melalui statusnya bertarikh 3 Mac 2004 dan telah diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Pingat Jasa Malaysia dimartabatkan sebagai pingat terkanan dan kekanan susunan berbanding dengan anugerah-anugerah yang sama kelas dengannya.

52387450 2544502718954408 8873886923026857984 n

52008521 2544502315621115 542734208078970880 n

Sempena majlis tersebut, Panglima Angkatan Tentera telah menganugerahkan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 360 orang penerima Veteran Angkatan Tentera Malaysia di kalangan Veteran ATM kaum Melayu, Cina dan India. Pecahan penerima pingat adalah seperti pecahan dari persatuan yang berikut:
a. Persatuan Veteran ATM (PVATM) Selangor.
b.Persatuan Veteran ATM (PVATM) Kuala Lumpur.
c.Malaysian Armed Forces Chinese Veterans Association (MACVA).
d.Persatuan Veteran India Angkatan Tentera Malaysia (PERIM).
e. Kelab Pesara Kor Perkhidmatan Am (Bahagian Kerani) Tentera Darat Malaysia (KEKPAK).

Penganugerahan turut dizahirkan kepada penerima yang telah meninggal dunia yang diwakili oleh balu penerima.

Turut hadir ialah Laksamana Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany,Panglima Tentera Laut, Lt Jen Dato' Kamalruzaman bin Mohd Othman TUDM, Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia, Lt Jen Dato' Hasagaya bin Abdullah, Timbalan Panglima Tentera Darat mewakili Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato' Mohd Ashgar Khan bin Goriman TUDM, Panglima Pendidikan dan Latihan Udara mewakili Panglima Tentera Udara dan Mej Jen Dato' Dzulkarnain bin Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM).

Tahniah diucapkan kepada semua penerima pingat.