logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

LAWATAN ULUNG PANGLIMA ANGKATAN TENTERA KE PANGKALAN UDARA LABUAN, WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

 

51910905 2536878863050127 6977156531057852416 o

LABUAN, 13 Feb 2019 – Panglima Angkatan Tentera, YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin telah melaksanakan lawatan ulung ke Markas Wilayah Udara 2, Pangkalan Udara Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan.

 

52297895 2536881466383200 4837010765963591680 o

Ketibaan beliau disambut oleh Panglima Operasi Udara TUDM, Leftenan Jeneral Dato’ Sri Hj Abdul Mutalib bin Datuk Hj Ab Wahab TUDM, Panglima Wilayah Udara 2, Mejar Jeneral Dato’ Hj Yazid bin Hj Arshad TUDM, Asisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan Markas Tentera Udara, Mejar Jeneral Dato’ Dzukarnain bin Hj Ahmad TUDM dan Komander Pangkalan Udara Labuan, Brigedier Jeneral Dato’ Hj Sardon bin Hassan TUDM. Lawatan beliau dimulakan dengan penerimaan tabik hormat dan pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama (KKU) dari Pangkalan Udara Labuan terdiri daripada 3 Pegawai dan 103 Anggota Lain-lain Pangkat yang diketuai oleh Mej Mohd Amin bin Ibrahim TUDM.

51910879 2536880783049935 4490017489081597952 o

Panglima Angkatan Tentera seterusnya telah dipersembahkan sesi taklimat berkenaan Pangkalan Udara Labuan yang telah disampaikan oleh Komander Pangkalan Udara Labuan.

Seterusnya, Panglima Angkatan Tentera membuat lawatan ke Skuadron di Pangkalan Udara Labuan dengan konsep lawatan secara ‘walking brief’. Acara lawatan ke skuadron dimulakan dengan lawatan ke No.6 Skuadron yang mengoperasikan pesawat pejuang Hawk MK 108/208. Ia seterusnya diikuti dengan lawatan ke No.5 Skuadron yang mengoperasikan pesawat Helikopter EC-725 dan akhir sekali, lawatan ke No.14 Skuadron yang mengoperasikan pesawat pengangkut Lockheed C-130.

52040665 2536880979716582 8149260386105819136 o

Lawatan Panglima Angkatan Tentera di Pangkalan Udara Labuan adalah sebagai elemen signifikan Amanat Tahun 2019 sejak beliau memegang tampuk pemerintahan sebagai Panglima Angkatan Tentera ke-20 dalam menerapkan penyampaian amanat beliau kepada seluruh warga ATM. Majlis lawatan beliau seterusnya diakhiri dengan sesi dialog dan ramah mesra bersama warga TUDM yang bertugas di Pangkalan Udara Labuan

51765254 2536881739716506 459108909903249408 o