logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

PROGRAM KHATAN PERDANA PERINGKAT ANGKATAN TENTERA MALAYSIA DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN PAKAIAN SEKOLAH KEPADA ASNAF ZAKAT ATM

46975887 2395616067176408 3745916372144619520 oKUALA LUMPUR, 5 Dis – Jabatan Arah Kor Agama Angkatan Tentera dengan kerjasama Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan telah menganjurkan Program Khatan Perdana bagi anak-anak warga Kementerian Pertahanan hari ini bertempat di Masjid Khalid Ibnu Al-Walid, Kementerian Pertahanan (KEMENTAH), Kuala Lumpur.

 

47269718 2395616677176347 3642357937474633728 o

 

47396724 2395616170509731 2787592310936829952 o

Majlis telah disempurnakan oleh Ketua Staf Markas ATM, Leftenan Jeneral Dato’ Kamalruzaman bin Mohd Othman TUDM. Seramai 190 orang kanak-kanak berumur dari 6 hingga 12 tahun telah menyertai program berkhatan ini. Objektif program ini diadakan adalah untuk menghidupkan dan mempertingkatkan Syiar Islam di kalangan warga KEMENTAH. Selain itu juga, tujuan program ini diadakan bagi meraikan kanak-kanak yang berkhatan agar mereka merasai suasana meriah dan keterujaan sebelum dikhatankan disamping menyediakan khidmat berkhatan untuk anak-anak warga KEMENTAH.

 

47465504 2395616110509737 1119029204709539840 o

 

47473823 2395616520509696 4856936454984564736 o

Acara dimulakan dengan kanak-kanak yang menyertai program ini diarak dari perkarangan KD SRI GOMBAK ke Masjid Khalid Ibnu Al-Walid sambil diiringi oleh paluan kompang dan selawat. Kanak-kanak ini seterusnya disiram beramai-ramai oleh Pasukan Bomba daripada Stesen Bomba Kem Batu Kentonmen.

 

47571851 2395616710509677 4652632986791968768 o

Seramai 10 orang kanak-kanak yang telah dipilih untuk dikhatankan pada hari ini di HAT Tuanku Mizan manakala yang selebihnya akan dikhatankan pada keesokan hari di hospital yang sama mengikut giliran dan masa yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.

 

47576148 2395616987176316 8950506141700325376 o

Selain itu juga, turut diadakan Majlis Penyampaian Sumbangan Pakaian Sekolah kepada Asnaf Zakat ATM iaitu seramai 500 orang penerima terdiri daripada kalangan anak-anak anggota ATM. Penyampaian hari ini disampaikan kepada 30 orang penerima manakala selebihnya akan diagihkan kepada pasukan masing-masing.