logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

ISTIADAT PENGANUGERAHAN DARJAH KEPAHLAWANAN ANGKATAN TENTERA (DKAT) TAHUN 2018

 

46520070 2368522943219054 5683680774285426688 n

22 Nov, Kuala Lumpur - Istiadat Penganugerahan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) Tahun 2018 sempena Sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia Ke-85 telah diadakan di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM pada 22 November 2018. Istiadat berkenaan telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertahanan Malaysia.

 

46493758 2368522809885734 5654841099684937728 n

Seramai 616 orang Pegawai dan Anggota ATM termasuk 2 orang Panglima Angkatan Tentera dari negara jiran iaitu Singapura dan Thailand telah dianugerahkan pingat DKAT mengikut Darjah Pangkat masing-masing. Bagi Darjah Pangkat Pertama iaitu Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT) (Kehormat), ianya telah dikurniakan kepada Panglima Angkatan Tentera Singapura, Lieutenant General Melvyn Ong Su Kiat dan Panglima Angkatan Tentera Thailand, General Tarnchaiyan Srisuwan.

 

46705504 2368524059885609 6427262354798411776 n

Bagi Darjah Pangkat Kedua iaitu Pangima Setia Angkatan Tentera (PSAT), seramai 22 Pegawai Kanan ATM berpangkat Lt Jen dan Mej Jen telah dianugerahkan dengan pingat berkenaan. Seramai 69 Pegawai Kanan ATM berpangkat Brig Jen dan Kol pula telah dianugerahkan dengan Darjah Pangkat Ketiga iaitu Pahlawan Angkatan Tentera (PAT).

46645610 2368523993218949 1184632983320002560 n

Darjah Pangkat Keempat iaitu Kesatria Angkatan Tentera (KAT) merupakan pingat yang menyaksikan penerima paling ramai dalam Istiadat Penganugerahan DKAT pada tahun ini. Seramai 269 Pegawai ATM berpangkat Lt Kol dan ke bawah telah dikurniakan dengan pingat tersebut. Bagi anggota Lain-lain Pangkat (LLP) ATM, mereka dianugerahkan dengan Darjah Pangkat Kelima iaitu Bentara Angkatan Tentera (BAT). Pada tahun ini BAT telah dianugerahkan kepada 254 anggota LLP bermula dari Pegawai Waren I sehingga Koperal.

 

46812379 2368522866552395 5037440173655195648 n