logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

Upacara Rasmi Penyerahan 27 Rangka Anggota Tentera dan Warga New Zealand (Op Te Auraki)

 

39467991 2193194120751938 5661983991075438592 o

20 Ogos, KUALA LUMPUR - Satu upacara penghormatan terakhir sempena Upacara Rasmi Penyerahan 27 Rangka Anggota Tentera dan Warga New Zealand (Op Te Auraki) daripada kerajaan Malaysia kepada kerajaan New Zealand di Kompleks Bunga Raya, Kuala Lumpur telah diadakan pada 20 Ogos 2018. Menteri Pertahanan Malaysia, YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu menjadi saksi kepada Upacara Menandatangani Dokumen Sijil Rasmi Penyerahan 27 rangka tentera/warga New Zealand oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin dan Panglima Tentera Darat New Zealand Mejar General Peter Kelly.

 

39674648 2193194154085268 204803140392845312 o

Seramai 400 orang warga Kementerian Pertahanan serta wakil delegasi New Zealand menghadiri upacara penyerahan keranda dan disempurnakan oleh Tim Istiadat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang diketuai oleh seorang pegawai dan 180 anggota Lain-lain Pangkat. Kesemua keranda tersebut yang sebelum ini ditempatkan sementara di Dewan Wardieburn diserahkan secara rasmi pada hari ini kepada Kerajaan New Zealand. Rangka anggota tentera dan warga ini dijangka akan tiba di New Zealand pada 21 Ogos 2018 dan seterusnya diserahkan kepada keluarga mereka dalam satu upacara di Auckland.

 

39522527 2193194024085281 2925161754105217024 o

Rangka-rangka tersebut adalah melibatkan anggota tentera New Zealand yang terkorban semasa penglibatan sebelum Perang Dunia Kedua, era Darurat Pertama dan kebanyakannya tertumpu di negeri Perak dan sempadan Malaysia-Thailand sehingga tahun 1966. Dianggarkan hampir 4000 Tentera New Zealand berkhidmat di Malaya/Malaysia sebelum diaturgerak ke Vietnam pada tahun 1967. Pada tahun 2017, Kerajaan New Zealand telah mengumumkan perubahan polisi repatriationnya dan berhasrat membawa pulang rangka anggota tentera New Zealand yang dikebumikan di luar negara diantara tahun 1955 hingga 1971 dengan perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan New Zealand.

 

39698829 2193193994085284 8742269913688702976 o

Proses pengecaman rangka, analisis forensic dan ekskavasi telah dilaksanakan mulai 3 Julai sehingga 12 Ogos 2018 di tiga penempatan utama Commonwealth War Grave (CWG) Kem Terendak, Melaka melibatkan sebanyak 16 rangka anggota tentera New Zealand, 4 rangka anggota tentera termasuk seorang keluarga New Zealand di CWG Cheras, Kuala Lumpur serta 7 rangka di CWG Kamunting, Perak. Kerja-kerja ekskavasi, analisis forensik, reconciliation process dan identification board yang bermula sejak 21 Mac 2017 melibatkan 558 pakar dan petugas dari pelbagai agensi dalam dan luar negara serta diketuai oleh Mejar Jeneral Dato’ Doktor Haji Mohd Ilham bin Haji Haron, Pakar Pergigian Forensik Bahagian Perkhidmatan Pergigian ATM. Diantara yang terlibat selain dari Kementerian Pertahanan, Pakar dari New Zealand, Muzium Tentera Darat Port Dickson, Kementerian Kesihatan Malaysia, Agensi Nuklear Malaysia, Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, Institut Alam Tamadun Melayu dan Universiti Kebangsaan Malaysia yang mempunyai kepakaran perubatan, odontologi dan radiologi forensik dalam disiplin arkeologi bagi kerja-kerja victim identification dan verification.

 

39846607 2193193587418658 73358513862082560 o

Turut hadir ialah Menteri Pertahanan Malaysia, YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu, Panglima Angkatan Tentera, YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg Dato’ Halimi bin Abdul Manaf, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi New Zealand, Mr Gareth Pedgeon dan Panglima Tentera Darat New Zealand, Mejar General Peter Kelly.

 

39583850 2193193830751967 2428668190432165888 o