logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MAB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

KURSUS ASAS PEGAWAI IMIGRESEN DI AKADEMI TENTERA DARAT, PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN

1

Port Dickson, 22 Jan – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah melancarkan Kursus Asas Pegawai Imigresen Gred KP 19 Siri 1/2018 di bawah inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS). Kursus yang akan berlangsung selama 49 hari bermula dari 22 Januari – 11 mac 2018 akan menggunakan kemudahan latihan yang terdapat di Akademi Tentera Darat (ATD) dan disertai seramai 500 orang penuntut kursus.

            Idea pelaksanaan kursus ini tercetus menerusi Ketua pengarah JIM di mana beliau telah menyatakan hasrat kepada Panglima Angkatan Tentera (PAT), Yang Mulia Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor sewaktu kunjungan hormatnya di pejabat PAT pada 10 Oktober 2017 untuk menggunakan kemudahan latihan milik ATM bagi penganjuran kursus ini.

2           

Kerjasama ini dilaksanakan kerana kemudahan fasilitas milik JIM yang terletak di Akademi Imigresen Malaysia (AIMM) tidak dapat menampung pengambilan peserta kursus pada tahun 2018 iaitu seramai 500 orang peserta. Fasilitas AIMM hanya dapat menampung jumlah peserta kursus seramai 250 sahaja. Sehubungan itu, Bahagian Operasi dan Latihan (BOLP), Markas Angkatan Tentera Malaysia telah dipertanggungjawabkan untuk mengkoordinasikan pelaksanaan kursus ini agar kerjasama JIM dan ATM di bawah inisiatif NBOS dapat dilasanakan dengan jayanya.

            Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan, Mejar Jeneral Dato’ Sheikh Mokhsin bin Sheikh Hassan dan Dato’ Haji Abdul halim bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Imigresen Malaysia bersama-sama pegawai-pegawai kanan ATM dan JIM.