LAWATAN KERJA PANGLIMA ANGKATAN TENTERA KE 18 RAMD (PARA)

1

KUALA TERENGGANU, 22 Jan 18 - Sekitar lawatan kerja Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor ke 18 RAMD (Para), Kem Seberang Takir hari ini.

2

Lawatan tersebut bertujuan untuk bertemu serta berdialog bersama warga 18 RAMD (Para) yang turut dihadiri oleh pegawai dan anggota LLP dari pasukan-pasukan sekitar Negeri Terengganu. Dalam sesi dialog tersebut PAT telah menjelaskan beberapa inisiatif Hala Tuju Kementerian Pertahanan meliputi Skim Anuiti Veteran (SAVe), Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) serta inisiatif-inisiatif lain di bawah Teras Kebajikan.

3

Turut hadir, Jen Tan Sri Dato' Sri Zulkiple bin Hj Kassim, Panglima Tentera Darat, Lt Jen Datuk Azizan Md Delin, Panglima Medan Barat TD, Dato’ Mohd Ramli Jaafar, Panglima 2 Div, Mej Jen Dato' Mardzuki Muhammad, AKS SM, Mej Jen Dato’ Mohamad Khir Abdullah, Ketua Pengarah JHEV, Panglima-panglima serta Pegawai Kanan TD sekitar Terengganu.

 

4