logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MAB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

MAJLIS PEMBUBARAN DAN PENGANUGERAH PINGAT PBB MALAYSIAN BATTALION 850-4 (MALBATT 850-4)

dc002563 2ecc 4ee7 b7ab d2e775872f27

Majlis Pembubaran dan Penganugerahan Pingat PNBB kontinjen Malaysian Battalion 850-4 United Nations Interim Force in Lebanon (MALBATT 850-4) diadakan pada 05 Okt 2017 bertempat di Padang Kawad PUSASDA, Port Dickson, Negeri Sembilan.  Majlis tersebut disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, YM Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor

d1cae8d0 6399 485d 8dc3 4935c7d82c12

MALBATT 850-4 yang diketuai oleh Kolonel Riezal Arif bin Ismail sebagai Komander berkekuatan seramai 850 anggota terdiri dari 76 pegawai  dan 774 anggota lain-lain pangkat (LLP) termasuk 3 pegawai dan 24 anggota dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) serta seorang pegawai awam kewangan dari Kementerian Pertahanan Malaysia.  MALBATT 850-4 telah mula diaturgerakkan ke Lubnan secara berperingkat mulai 14 Sep 2016. 

e5f93edb 387a 4488 aaf5 19cccff991ac

Setelah 12 bulan berkhidmat dibawah naugan panji PBB iaitu mulai 21 Sep 2016 hingga 21 Sep 2017, MALBATT 850-4 dengan rasminya telah menyerahkan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada MALBATT 850-5 yang diketuai oleh Kolonel Khairul Anuar bin Abd Aziz untuk meneruskan tugasan selanjutnya.

0182d102 0364 4f11 a119 86ca98b19372

Sepanjang penugasan di bumi Lubnan, MALBATT 850-4 telah mempamerkan disiplin dan mutu kerja yang cemerlang serta telah diberikan pengiktirafan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dimana ianya telah mengekalkan kepercayaan serta menjaga nama baik negara dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta mengekalkan tradisi yang telah dipamerkan oleh pasukan misi-misi pengaman terdahulu.

dc2c4793 7027 4495 b9a7 cc0362dc7a21

            Turut hadir pada majlis tersebut adalah Panglima- panglima  Perkhidmatan, wakil Angkatan Bersenjata Diraja Brunei  dan Pegawai-pegawai Kanan ATM serta ahli keluarga MALBATT 850-4.