logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MAB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

TENTERA DARAT MALAYSIA MENGUNGGULI TILAWAH AL-QURAN AL-QURAN PERINGKAT ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (MTQ ATM) KALI KE-68 TAHUN 2017M/1439H

 

DSC 0595Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Angkatan Tentera Malaysia (MTQ ATM) ke-68 merupakan aktiviti tahunan ATM bagi mempertingkatkan lagi mutu bacaaan Al-Quran di samping untuk meninggikan syiar Islam di kalangan warga tentera. Objektif tilawah ini adalah untuk memartabatkan ketinggian ilmu dan kemuliaan Al-Quran dalam melahirkan anggota tentera yang bertaqwa, berakhlak mulia dan mampu menghadapi cabaran dalam era globalisasi.

DSC 0513

 

Terdapat 4 kategori yang dipertandingkan iaitu Kategori Pegawai, Qari dan Qariah serta satu Kategori Saudara Muslim yang terdiri daripada Pegawai atau anggota Lain-lain Pangkat (LLP) Lelaki (Qari) dan Wanita (Qariah). Majlis yang dilaksanakan selama 3 hari mulai 27 Sep sehingga 29 Sep menyaksikan seramai 14 orang peserta menyertai tilawah ini iaitu 3 Pegawai, 3 Qari dan 3 Qariah manakala bagi kategori Saudara Muslim disertai oleh 5 peserta iaitu 3 Lelaki (Qari) dan 2 Perempuan (Qariah). Bagi tilawah ini, penghakiman akan dinilai dari aspek tajwid, taranum, suara dan fasohah. Seramai 4 hakim telah dijemput bagi mengadili bacaan para peserta.

DSC 0635

 

Majlis tilawah yang berlangsung selama 3 hari ini turut diselitkan dengan beberapa program seperti Seminar Al-Quran dan Sains - Pendekatan Wasatiyyah melalui Pedoman Al-Quran yang disampaikan oleh  Dato’ Haji Mohd Yusuf bin Din, Pengarah Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM) dan Al-Quran dan Sains yang disampaikan oleh Dr. Danial bin Zainal Abidin, Pengarah Pengurusan Danial Zainal Consultancy Malaysia Sdn. Bhd.

DSC 0618

 

Johan Keseluruhan telah dirangkul oleh Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Johan bagi kategori Pegawai dimenangi oleh Mejar Haji Muhammad Hamzani bin Muhammad TUDM mewakili Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Manakala kategori Qari pula dimenangi oleh SSjn Muhammad Hassan Basri bin Ahmad mewakili TDM dan Qariah oleh Puan Noor Hayati binti Hassan mewakili TDM. Bagi kategori Saudara Muslim Lelaki dimenangi oleh Sjn Abdul Wahab bin Ayup @ Rabinus Anak Samen mewakili TDM  dan kategori Saudara Muslim Wanita dimenangi oleh Koperal Nurul Ashikin Parasin Abdullah juga mewakili TDM. Johan keseluruhan membawa pulang Piala Pusingan manakala pemenang setiap kategori membawa pulang Piala Pusingan serta Hadiah Wang Tunai RM 5,000.00 dan pakej penerbangan menunaikan Umrah ke Mekah. Bagi kategori Saudara Muslim, Johan membawa pulang hadiah wang tunai Rm1,500.00.

Penyampaian hadiah dan penutup majlis berprestij yang bertemakan Kesatuan ATM Asas Kesejahteraan Negara telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Leftenan Jeneral Dato’ Seri Panglima Haji Ahmad Hasbullah bin Haji Mohd Nawawi, Timbalan Panglima Tentera Darat. Turut hadir pada majlis ini ialah Panglima Angkatan Bersama, Panglima Operasi Udara TUDM dan warga ATM.