logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MAB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

Himpunan Veteran ATM dan Pelancaran Tabung Pahlawan 2017 MIECC, The Mines, Kuala Lumpur

20375820 1611445618866280 2833985573038637715 n

YAB Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak menyampaikan ucapan

KUALA LUMPUR, 31 Jul – Satu perhimpunan Veteran ATM dan Pelancaran Tabung Pahlawan 2017 telah diadakan di Mines International Exhibition Convention Centre (MIECC), Seri Kembangan sempena sambutan Hari Pahlawan 2017.

20476423 1611409802203195 4933180133082054372 n

YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein sewaktu ketibaan

Majlis yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak turut dihadiri oleh Menteri Pertahanan, YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein, Panglima Angkatan Tentera, Panglima-panglima perkhidmatan dan Veteran ATM.

Dalam majlis tersebut, YAB Perdana Menteri Malaysia telah menyampaikan ucapan dan pegumuman yang memberi semangat dan inspirasi kepada Veteran ATM.

20479631 10155110861334355 8810851537995025765 n

Antara Veteran ATM yang hadir

 

Beliau turut mengumumkan beberapa inisiatif kepada Veteran ATM, antara inisiatifnya adalah:

a. Bantuan Bakti Negara (BBN) untuk Veteran ATM Tidak Berpencen yang juga penerima BR1M seramai 66,000 akan menerima bantuan sebanyak RM1,200 seorang setahun dan 11,000 Veteran ATM Tidak Berpencen yang bukan penerima BR1M berumur 60 tahun ke atas pada 2017 menerima bantuan sebanyak RM600 setahun.

b. Skim Anuiti Veteran (SAVe) kepada anggota ATM yang memilih untuk menamatkan perkhidmatan sebelum tempoh 21 tahun, merupakan insentif kewangan bulanan kepada bakal Veteran ATM Tidak Berpencen melalui caruman bulanan Kerajaan yang dilaburkan oleh LTAT.

c. Pencen hilang upaya bagi veteran atm yang tidak mendapat pencen perkhidmatan. Kenaikan kadar Pencen Hilang Upaya antara 300% hingga 800% di mana penerima skim akan menikmati nilai pencen minima RM500 hingga RM2,000 maksimum sebulan.

d. Insentif veteran kelainan upaya Tabung Pahlawan PVATM. Tambahan 100% sebanyak RM500, menjadikan RM1,000 untuk bantuan Insentif Veteran Kelainan Upaya (IKU) yang akan dibayar kepada penerima dua kali setahun.

e. Kouta Ibadah Haji Veteran ATM. Penambahan kouta mengerjakan Ibadah Haji bagi Veteran ATM ditambah kepada 400 orang berbanding 100 orang pada tahun sebelumnya”.

20476414 10155110861534355 5430411130081959094 n

Veteran ATM yang hadir dalam menjayakan majlis ini

Kerajaan juga akan menyumbang RM5 juta kepada Tabung Pahlawan bagi tahun 2017.Selain itu, inisiatif yang telah disediakan oleh kerajaan Malaysia kepada para veteran ATM adalah perumahan (rumah mampu milik dan 2 Malaysian Veteran House Repair), pendidikan (Skim Bantuan Persekolahan dan Skim Bantuan Kemasukan ke Universiti Awam), kesihatan (pembinaan Poliklinik Angkatan Tentera), kerjaya dan keusahawanan (Program Recognition Prior Experiential Learning - RPEL) dan Bantuan Khas (Bayaran Insentif, Skim Bantuan Sara Hidup, Skim Bantuan Bencana Alam). "Apa makna memiliki aset ketenteraan yang paling canggih atau mempunyai sistem persenjataan termoden, sekiranya kita gagal membela nasib para veteran ATM yang telah bersabung nyawa dan mencurah keringat demi mempertahankan tanah air ini," kata Menteri Pertahanan, YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam ucapan beliau.

20431335 1611494725528036 4004274949324869517 n

 

20429987 1611494775528031 2318223663280919694 n

Antara penerima cenderahati 

Dalam majlis itu juga, YAB Perdana Menteri turut menyampaikan pingat cenderahati kepada 17 orang penerima Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) dan Panglima Gagah Berani (PGB).