logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

DYMM SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH IBNI ALMAHRUM SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH AL-MAGHFUR-LAH, TIMBALAN YANG DI-PERTUAN AGONG BERKENAN BERANGKAT MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT BERSAMA WARGA ATM DI MASJID KHALID AL- WALID

 

48373342 2411530772251604 6303017021168680960 n

KUALA LUMPUR, 14 Dis - Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat menunaikan Solat Jumaat bersama warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Masjid Khalid Al-Walid, KEMENTAH.

 

48120805 2411530835584931 2660647409972936704 n

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Dato' Seri Panglima Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin, Panglima Tentera Darat Jen Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi, Panglima Tentera Laut Laksamana Datuk Mohd Reza Mohd Sany dan Panglima Tentera Udara Jen Tan Sri Dato' Sri Haji Affendi Buang TUDM.

 

48059065 2411530905584924 7944266003704184832 n

Timbalan Yang di-Pertuan Agong juga turut berkenan menunaikan solat Jumaat yang diketuai Imam Besar Masjid Khalid Al-Walid Mejar Nizam AlHafiz, bersama-sama warga ATM dan KEMENTAH.

 

48266943 2411531068918241 3286022922040246272 n

Selesai solat Jumaat, Sultan Nazrin kemudian berkenan meluangkan masa bersama Pegawai-pegawai Kanan ATM di Majlis Santapan Tengahari di Wisma Perwira ATM, Kuala Lumpur. Turut hadir sewaktu santapan adalah Timbalan Menteri Pertahanan.