logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

EKSESAIS AMAN YOUYI 3/2016 PERKUKUH KEUPAYAAN SALING KHIDMAT ATM DAN PLA

eks3

DENGKIL, 22 Nov - Majlis Pembukaan Eksesais Gabungan Bersama Ketenteraan Bersama Angkatan Tentera Malaysia dan The Chinese People’s Liberation Army (PLA) dalam EKSESAIS AMAN YOUYI 3/2016 disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Haji Zulkifeli bin Mohd Zin pada 22 November 2016 bersamaan hari Selasa bertempat di Paya Indah Wetlands, Dengkil, Selangor.  PLA diwakili oleh Chief of Joint Staff PLA, General Fang Fenghui dan His Excellency Ambassador Dr Huang Huikang, Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia.

eks1

Eksesais pada kali ini adalah lanjutan daripada Eksesais yang telah dilaksanakan pada tahun 2015 yang dikenali sebagai Eksesais Peace and Friendship 2015. Eksesais yang diadakan mulai 21 November sehingga 25 November 2016 ini  menggunakan tema Humanitarian Assistance and Disaster Relief. Eksesais ini akan dilaksanakan secara Staff Exercise (STAFFEX) yang diadakan di Paya Indah Wetlands dan juga demonstrasi melibatkan aktiviti Jungle Survival, Combat Tracking dan Tempur Tanpa Senjata oleh ATM. Manakala PLA akan membuat demonstrasi Close Quarter Shooting dan Unarmed Combat.

eks2

Eksesais ini juga diadakan bertujuan untuk mengukuhkan komitmen Malaysia-China dalam meningkatkan keupayaan saling khidmat atau interoperability dalam melaksanakan operasi bantuan kemanusiaan secara gabungan bersama dan membangunkan Standard Operating Procedures (SOP) bagi operasi gabungan bersama.  Melalui eksesais ini, ATM dan PLA dapat meningkatkan pertukaran maklumat dan menguji tahap kerjasama di samping berkongsi kepakaran dan pengalaman dalam melaksanakan operasi bantuan kemanusiaan.

eks4

Eksesais ini melibatkan seramai 410 peserta iaitu 215 dari ATM dan 195 dari PLA. Pada eksesais ini juga, ATM telah menjemput Delegasi Pemerhati seramai 10 pemerhati daripada Royal Thai Armed Forces (RTARF) bagi memberi pandangan dan penilaian keberkesanan objektif eksesais.

eks5

Hadir dari ATM adalah Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Panglima Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badaruddin, Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Sri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi, Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Sri  Hj Affendi bin Buang TUDM, Ketua Staf Markas ATM, Leftenan Jeneral Dato’ Sri Sabri bin Adam TUDM dan Panglima Angkatan Bersama Leftenan Jeneral Dato Fadzil bin Mokhtar. Turut hadir Major General Li Weiya, Director of Strategic and Campaign Training Bureau of the Joint Staff Department CMC selaku Ketua Delegasi PLA dan Major General Thitichai Tiantong, Director of Joint and Combined Exercise Planning Office RTARF selaku Ketua Delegasi Pemerhati RTARF serta pegawai-pegawai tertinggi ATM dan PLA.

eks6