logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

LAWATAN RASMI GENERAL FANG FENGHUI CHIEF OF JOINT STAFF DEPARTMENT, CENTRAL MILITARY COMMISSION, P.R. CHINA

china1 

KUALA LUMPUR, 21 Nov-Lawatan ini merupakan lawatan ulung General Fang Fenghui, Chief of Joint Staff  Department, Central Military Commission, P.R. China mulai 20 hingga 24 Nov 2016. Lawatan dimulakan dengan permeriksaan Kawalan Kehormatan Utama (KKU) oleh Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja yang berkekuatan 3 pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat bertempat di Dataran Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur  pada 21 Nov 2016.

china2

Panglima–Panglima Perkhidmatan turut hadir menyambut ketibaan bersama pegawai-pegawai kanan ATM di Foyer Kementerian Pertahanan sebelum Kunjungan Hormat ke atas Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Hj Zulkifeli bin Mohd Zin di Ruang Perkasa, Tingkat 5, Wisma Pertahanan dengan bertukar tukar cenderamata serta upacara menandatangani buku lawatan.

china4

Disusuli dengan Kunjungan Horrmat keatas Menteri Pertahanan Malaysia YB Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein di pejabatnya diakhiri dengan Bilateral Meeting di Bilik Bunga Raya, Tingkat 5, Wisma Pertahanan. Antara tujuan lawatan untuk mengeratkan kerjasama antara dua Negara khususnya dalam bidang keselamatan khususnya mengadakan beberapa siri latihan bersama antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan P.L.A of China. 

china5