logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

MENJUNJUNG KASIH TUANKU

MENJUNJUNG4

SUNGAI BESI, 16 Nov 16 - Istiadat Perbarisan Menjunjung Kasih Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-XIV merupakan satu Istiadat penuh ketenteraan yang diadakan sempena tamat tempoh pemerintahan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah sebagai Seri Paduka Baginda yang Di-Pertuan Agong Ke-XIV.  Istiadat Perbarisan Menjunjung Kasih kepada Baginda Tuanku adalah merupakan tanda penghormatan serta ketulusan hati warga ATM merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Seri Paduka Baginda Tuanku selaku Pemerintah Tertinggi ATM.

MENJUNJUNG2

Dengan keizinan yang Maha Esa dan berkat naungan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, ATM telah melakar banyak kemajuan dalam pelbagai lapangan sepanjang tempoh pemerintahan Seri Paduka Baginda Tuanku.  Hasilnya, ATM kini semakin disegani sebagai sebuah perisai negara yang kredibel, relevan dan dinamik.

MENJUNJUNG1

ATM mempersembahkan Istiadat Perbarisan Menjunjung Kasih Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong hari ini bertempat di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi.  Ketibaan Dif-Dif kenamaan serta Pegawai-Pegawai Teringgi ATM pada jam 8.00 pagi.  Panglima Angkatan Tentera akan tiba mengambil tabik hormat diikuti dengan YB Timbalan Menteri Pertahanan, dan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong akan berangkat tiba pada jam 8.30 pagi.  Perbarisan  memberikan “Hormat Diraja” diiringi lagu NegaraKu serta 21 Das Tembakan Meriam Kehormatan dan Lintas Hormat 5 pesawat helikopter ATM.

MENJUNJUNG5

Baginda Tuanku memeriksa perbarisan diikuti dengan perbarisan berjalan lalu dalam masa perlahan dan cepat serta mara mengadap.  Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong telah bertitah dan perbarisan diakhiri dengan laungan “Daulat Tuanku. 

Perbarisan pada hari ini diketuai oleh Lt Kol Mohd Radzi bin Othman dan melibatkan seramai 22 pegawai dan 541 anggota Lain-Lain Pangkat serta 5 panji-panji Seri Paduka Baginda  Yang Di-Pertuan Agung iaitu  Rejimen Askar Melayu Diraja, Rejimen Renjer Diraja, , Kor Armor Diraja, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia.

MENJUNJUNG6

Bagi mengabadikan kenangan bersejarah ini, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong telah pekenan mencemar duli untuk bergambar dengan anggota perbarisan sebelum berangkat untuk majlis santapan ringan di Wisma Perwira Tentera Darat.

Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah adalah satu-satunya Sultan yang ditabalkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong bagi kali ke-2.  Baginda Tuanku telah menduduki takhta Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ke-5 bagi tempoh 1970 sehingga 1975 dan menduduki takhta Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ke-14 pada 2011.  Lantas Baginda Tuanku merupakan satu-satunya Sultan yang menjadi Pemerintah Tertinggi ATM buat kali keduanya.

MENJUNJUNG3

 

Selain itu, warga ATM mempersembahkan ‘street lining’ bermula dari Wisma Pegawai Tentera Darat sehingga ke Balai Pengawal Utama Kem Perdana Sungai Besi sebagai penghormatan kepada Baginda Tuanku dan Raja Pemaisuri.  Sejumlah 14 ekor kuda dari Skuadron Istiadat Berkuda Tentera Darat telah mengiringi Baginda Tuanku berangkat sehingga ke Balai Pengawal Kem Perdana Sungai Besi.  14 ekor kuda dan no plat kenderaan pemeriksa ZC 14 merupakan simbolik kepada Seri Paduka Baginda yang Di-pertuan Agong ke-XIV.