logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

PENINGKATAN ILMU PENGETAHUAN DAN PEMBANGUNAN DIRI FOKUS BAKAT ATM

 BAKAT1

KUALA LUMPUR, 11 Nov - Wujud sejak era pemerintahan kolonial lagi dengan keahlian yang terdiri daripada isteri-isteri anggota tentera, BAKAT ATM kini meneruskan usaha murninya untuk menjaga kebajikan dan hal ehwal keluarga warga ATM. PERISAD (Persatuan Isteri-Isteri Tentera Darat), PERISTELA (Persatuan Isteri-Isteri Tentera Laut) dan PERISTU (Persatuan Isteri-Isteri Tentera Udara) merupakan nama yang telah di gunapakai sejak 1 Jun 1976 sehingga 1 Okt 1979 dimana ketiga-tiga persatuan ini telah digabungkan menjadikan ianya sebuah organisasi yang besar dan lebih tersusun yang dikenali sebagai Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera atau BAKAT dengan slogan “Bersama Berbakti”.  Khidmat Kebajikan terus menjadi agenda utama BAKAT dengan menyatukan ahli-ahlinya melalui pelbagai aktiviti berfaedah dan demi kebaikan keluarga warga ATM.

BAKAT2

Selaku sebuah organisasi yang amat aktif dan dinamik dalam meneruskan usaha murni khidmat kebajikan keluarga, Pengurusan Tertinggi BAKAT ATM telah berusaha dan merealisasikan impian mewujudkan sebuah Rumah BAKAT yang membolehkan pengurusan BAKAT berfungsi lancar, efektif dan efisien. Kini BAKAT ATM telah berjaya mendapatkan sebuah bangunan sendiri yang dikenali dengan Rumah BAKAT.  Projek Rumah BAKAT ATM telah mula dibina pada 18 Mac 2010 dan siap pada 10 Mei 2011. Rumah BAKAT ATM yang baru ini telah mula beroperasi pada Mac 2013 dan kini berfungsi sepenuhnya. Ianya dilengkapi dengan ruang pejabat, Bilik Jahitan, Bilik Kraftangan, Bilik Masakan, Dewan Bankuet, Bilik Mesyuarat dan kemudahan lain untuk aktiviti-aktiviti ahli-ahlinya.  Ini telah memudahkan aktiviti-aktiviti BAKAT secara berpusat dan kolektif.

BAKAT3

Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM, YBhg Puan Sri Dato’ Hajah Umi Kalsom binti Wan Awang, pada petang ini merasmikan Rumah BAKAT ATM. Dengan adanya rumah bakat yang tersergam indah ini, ianya akan dimanfaatkan sebagai satu platform bagi melaksanakan pelbagai aktiviti ke arah mencapai tujuan penubuhan BAKAT demi kebaikan dan faedah ahli-ahlinya, terutamanya dalam usaha untuk menjalankan program-program yang boleh meningkatkan ilmu pengetahuan dan pembangunan diri ahli-ahli BAKAT. Turut hadir mantan-mantan Jemaah Tertinggi BAKAT ATM.

BAKAT4

“ Sama-sama menjaga serta memanfaatkan kemudahan di rumah bakat ini demi kebaikan dan faedah bersama, terutamanya dalam usaha untuk menjalankan program-program yang boleh meningkatkan ilmu pengetahuan dan pembangunan diri ahli-ahli BAKAT.”

                                      - YBhg Puan Sri Dato’ Hajah Umi Kalsom binti Wan Awang

Adalah menjadi hasrat pengurusan Jemaah Tertinggi BAKAT ATM untuk semua ahli-ahlinya  menggunakan Rumah BAKAT ATM demi mencapai tujuan dan matlamat murni BAKAT.