logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

TAHNIAH ATM, PDRM DAN APMM

NSOF 1

Sungai Besi, 27 Okt- Perdana Menteri Malaysia,  YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak telah menyempurnakan Majlis pelancaran National Special Operations Force (NSOF) bertempat di Bangunan NSOF, Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur.

NSOF2

NSOF merupakan satu integrated force yang berperanan sebagai satu pasukan tetap untuk bertindak pantas pada sebilang masa bagi menangani ancaman keganasan terhadap kepentingan negara. Pasukan ini akan dianggotai elemen-elemen pasukan khusus dari ATM, PDRM dan APMM.  Penubuhan pasukan ini merupakan sebahagian daripada usaha inisiatif keselamatan negara di bawah NBOS - Creating Blue Ocean Stretagy in National Security.  

NSOF3

Pengoperasian NSOF bergantung pada segala bentuk ancaman keganasan terhadap kepentingan dan keselamatan negara.  Dalam keadaan ini, NSOF bertindak sebagai Quick Reaction Force bagi membendung keganasan di peringkat awal.  Unit Darat/Udara dan Maritim akan diaturgerak sebagai kumpulan awal dan seterusnya akan menghadapi, menawan dan menghapus ancaman tersebut. Dalam masa yang sama, kumpulan back up akan membantu sekiranya perlu.  Apabila bentuk ancaman telah dapat diatasi, NSOF akan menyerahkan semula operasi selanjutnya kepada pasukan keselamatan berkenaan.  

NSOF4

Turut hadir, Menteri Pertahanan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Panglima Angkatan Tentera serta Pegawai-Pegawai Kanan Tentera dan Awam Kementerian Pertahanan dan agensi keselamatan yang terlibat.

NSOF5