logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

MAJLIS PENUTUP SEMINAR MALAYSIA – JAPAN HUMANITARIAN ASSISTANCE AND DISASTER RELIEF (HADR)

HADR1

KUALA LUMPUR, 26 Okt - Seminar Human Assistance and Disaster Relief (HADR) dianjurkan secara kerjasama antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Japan Self Defence Forces (JSDF). Seminar satu hari ini telah dilaksanakan hari ini bertempat di Hotel InterContinental, Kuala Lumpur. Seminar ini merupakan salah satu inisiatif di bawah ASEAN Defence Miniters’ Meeting – Plus. Seminar ini melibatkan 50 peserta dari pelbagai agensi dalam negara dan wakil dari JSDF.

HADR2

Objektif seminar yang diadakan adalah untuk memberi kesedaran dan kefahaman pengurusan HADR, mengenal pasti dan mengukuhkan amalan terbaik dalam pengurusan HADR, berkongsi dan bertukar-tukar pengetahuan dan pengalaman di antara agensi-agensi berkaitan, Untuk mengenal pasti kelemahan dalam pengurusan bencana (Man, Machine and Method).

HADR3

Seminar dimulakan dengan sesi syarahan yang bertajuk organization and Function In Relations To Civil-Military Interaction In HADR, MAF In Responding To HADR, The Recent Disaster Relief Activities by Japan Self Defence Force (JSDF) and Civil Military Coordination on HADR. Kompenan-kompenan yang dibincangkan juga dalam seminar ini sedikit sebanyak dapat membantu pihak ATM dalam merancanakan plan tindakan HADR pada sebilang masa khususnya jika perlu diapdatasikan sekiranya berlaku bencana banjir memandangkan musim tengkujuh yang sering berlaku pada akhir tahun.

HADR4

Kerjasama ini dapat mengeratkan lagi kerjasama antara Malaysia dan Jepun, ianya turut meningkatkan pengetahuan serta persiapan pelbagai agensi dalam menghadapi sebarang bencana yang tidak dijangka. Melalui pertukaran pendapat dan pandangan, semua agensi yang terlibat dapat mempelajari langkah-langkah proaktif yang perlu diambil. Majlis penutup seminar ini telah disempurnakan oleh YBhg Leftenan Jeneral Dato' Sri Hj Sabri bin Adam TUDM, Ketua Staf Markas ATM.