logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH PERINGKAT ATM TAHUN 1438H/2016M DAN PELANCARAN SISTEM i-SAS SERTA PENYERAHAN SIJIL ISO KEPADA JABATAN ARAH KAGAT

MAAL HIJRAH 4

KUALA LUMPUR, 21 Okt – Majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat ATM bagi tahun 1438H/2016M telah diadakan bertempat di Auditorium Kementah Wisma Pertahanan.  Sambutan ini diadakan bersempena kedatangan tahun baru Hijrah 1438H dan bertujuan mengingatkan kepada semua anggota ATM mengenai Tahun Baru Islam yang bermula daripada penghijrahan Rasullah S.A.W dari Makkah ke Madinah.  Sambutan ini juga akan mengeratkan hubungan antara warga tentera dan masyarakat awam serta menyemarakkan kewibaan dan kemampuan ATM demi kepentingan dan kesejahteraan negara. 

MAAL HIJRAH 2

Majlis dimulakan dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Harryanto Rizal bin Rokman bertajuk Ukhwah Islamiyyah Asas Penyatuan Ummah.  Majlis diteruskan dengan pelancaran   Sistem i-SAS (Information System for Ahwal Syakhsiah) yang disempurnakan oleh YBhg Leftenan Jeneral Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Bin Hj Mohd Nawawi, Timbalan Panglima Tentera Darat.  Sistem i-SAS adalah sistem laporan nikah, cerai, aduan dan rujuk ATM yang telah dibangunkan oleh Jabatan Arah KAGAT dalam usaha mempercepatkan sistem penyampaian maklumat, sistem data-base, mengurangkjan bebanan tugas staf agama di pasukan dan mengurangkan penggunaan kertas. 

MAAL HIJRAH 1

Majlis diteruskan lagi dengan Penyerahan Sijil ISO 9001 : 2008 oleh Encik Zakaria Mohamad Nor, Ketua Seksyen Sirim QAS International Sdn Bhd kepada Jabatan Arah KAGAT setelah berjaya memperbaharui sijil tersebut pada 16 Mac 2016 dan tempoh sah sijil ini bermula 26 Mac 2016 hingga 14 Sept 2018. Sijil yang dikeluarkan oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd. ini adalah bagi memastikan semua aspek Pengurusan Pendidikan dan Perkhidmatan Keagamaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Pengurusan Sumber Manusia Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT)memenuhi keperluan Sistem Pengurusan Kualiti yang telah ditetapkan. Oleh itu, Sel Inspektorat/ R&D telah dipertanggungjawabkan untuk memastikan pawaian ini dipatuhi oleh semua sel di Jabatan Arah KAGAT.  Turut hadir Pegawai-Pegawai Kanan ATM serta Warga ATM dari ketiga-tiga cabang Perkhidmatan.

MAAL HIJRAH 3

Save