logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

TAHNIAH PEMERINTAH TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI

 

KUALA LUMPUR, 3 Jun- Majlis Pemasyhuran Hall of Fame Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) siri 8/16 bagi Yang Mulia Laksamana Pertama Pengiran Dato Seri Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad, Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Laksamana Pertama Dato’ Sabri bin Zali, Komandan MPAT pada hari ini bertempat di Dewan Trisakti, MPAT.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Tentera Benteng Pertahanan Negara  seterusnya pengisytiharan Hall of Fame oleh Komandan MPAT kepada Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei . Pemasyhuran ini merupakan satu tanda penghormatan tertinggi kepada alumni MPAT. Yang Mulia Laksamana Pertama Pengiran Dato Seri Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad merupakan peserta kursus siri 31/2011 dan telah lulus dengan cemerlang dalam lulusan Ijazah Sarjana Sains Sosial (Pengajian Pertahanan) 

 

Di atas kejayaan dan kecemerlangan yang dipamirkan, Maktab ini telah memilih Yang Mulia Laksamana Pertama Pengiran Dato Seri Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad sebagai penerima Hall Of Fame yang kelapan serta penerima pertama dari luar negara.