logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

PENYERAHAN 32 RANGKA AUSTRALIA DALAM OP REUNITES

REUNITES 2

SUBANG, 31 Mei 16- Operasi Reunite merupakan satu kerjasama diantara Kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Kementerian Pertahanan (MinDef) serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kerajaan Australia yang diterajui oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran Australia, susulan daripada pengumuman Kerajaan Australia untuk memindahkan rangka anggota tentera Australia dan keluarga yang telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Komanwel, Kem Terendak, Melaka.

REUNITES 6

Sejumlah 32 rangka terlibat dalam pemindahan ini melibatkan 24 Anggota tentera dan 8 anggota keluarga iaitu 2 orang isteri dan 6 orang kanak-kanak.  Proses pemindahan rangka berkenaan dari Kem Terendak ke Pangkalan Udara TUDM, Subang telah dilaksanakan bermula 1 hingga 31 Mei 2016.

REUNITES 4

YB Dato' Sri Mohd Johari bin Baharum, Timbalan Menteri Pertahanan, mewakili Kerajaan Malaysia telah menyempurnakan majlis penyerahaan 32 rangka warga Australia kepada wakil Kerajaan Australia, Australian Repatriation Commissioner, Mejar Jeneral (Bersara) M.A. Kelly AO DSC serta pemeterian dokumen reconciliation. Majlis tersebut turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan Kerajaan Malaysia dan Australia.

REUNITES 5