logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

NAIM 2016: KESINAMBUNGAN NADI KECEMERLANGAN ATM DI PERSADA NEGARA

NAIM.1

ALOR GAJAH, 13 Mei 16 - YBhg Laksamana Dato' Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman bin Haji Ahmad Badaruddin, Panglima Tentera Laut mewakili Panglima Angkatan Tentera, YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Hj Zulkifeli bin Mohd Zin menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Program Nadwah Ilmiah (NAIM) Pegawai-Pegawai Kanan Tahun 2016 bertempat di A’Famosa Resort Hotel, Melaka.

NAIM.2

Program ini dianjurkan khusus untuk Pegawai-Pegawa Kanan Tentera berpangkat Kolonel dan setaraf ke atas dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM, Pegawai-Pegawai Kanan Awam gred 52 ke atas serta peserta-peserta jemputan dari Tentera Nasional Indonesia (TNI) dan agensi beruniform lain yang terdiri dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan juga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

NAIM.3

Konsep pendekatan NAIM tahun ini adalah lebih menyentuh isu-isu globalisasi dan mengenal pasti punca permasalahan dalam mencari jalan penyelesaian untuk kebaikan dan kesejahteraan serantau. Disamping membincangkan kepentingan modal insan dari sudut memantapkan strategi kepimpinan dan pengurusan organisasi berkesan termasuk usaha memartabatkan nilai integriti dalam perkhidmatan. Demikian penjelasan dan perbincangan yang dikolaberasikan oleh para ilmuan pakar dalam negara.

NAIM.6

Format pelaksanaan adalah dalam bentuk ceramahpembentangan kertas kerjaperbincangantazkirahaktiviti surau serta sesi riadahKehadiran para isteri bersama di dalam program ini turut memberi impak dalam pembangunan modal insan.Setiap program yang disusun adalah turut melibatkan kebersamaan para isteri yang diaturkan oleh Jabatan Arah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) bersama Perunding Latihan Fitrah Perkasa.

NAIM.4Seramai 40 peserta bersama isteri telah menghadiri nadwah yang berlangsung selama 4 harimulai 10 Mei 2016. Sijil penyertaan turut disampaikan oleh YBhg Panglima Tentera Laut kepada setiap peserta yang diwakilkan Penghulu NAIM 2016, YBhg Brigedier Jeneral Dato' Hj Marzuki bin Hj Mohammad.

NAIM.5

Hadir sama pada majlis penutupan ialah YBhg Leftenan Jeneral  Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM, Timbalan Panglima Tentera Udara; YBhg Leftenan Jeneral Dato' Sri Haji Sabri bin Adam TUDM, Ketua Staf Markas ATM; YBhg Mejar Jeneral Dato’ Mohammad bin AB Rahman, Asistan Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan; YBhg Mejar Jeneral Dato' Hj Kamarudin Bin Hj Mamat, Ketua Pengarah KAGAT dan YBhg Brigedier Jeneral Hj Nawawi bin Daud, Timbalan Ketua Pengarah Operasi KAGAT.

 

NAIM.7